Diburu dan Memburu.

0 comments
Telahlah kita ketahui kerja seorang pemburu adalah memburu. Manakala binatang pun tahu kerjanya untuk diburu. Mereka ini saling berhubung-kait didalam proses memburu dan diburu. Maka hasilnya dari proses diatas berakhir didalam perut manusia ataupun dipakai oleh oleh manusia.
Tapi bagaimana pula kalau pemburu itu memburu spesis yang sejenis dengannya? Yakni, manusia juga? Hasilnya tentu berbagai-bagai. Mati. Dimalukan. Diaibkan dan bermacam-macam lagi.
Mengapa wartawan hiburan suka sangat memburu berita-berita aib artis? Jika artis berkenaan cuba menyembunyikannya seperti berkata "no-comment", "ini hal peribadi" maka pada hari-hari lain mereka ini (wartawan hiburan) akan terus memburu dan bertanya. Tak boleh juga mereka akan bertanya pendapat artis lain pula, Minta pandangan kononnya. Mereka akan memanipulasikan segala kata-kata artis tersebut. Hingga artis yang diburu itu pun melatah. Itu yang mereka mahu.
Dan sayangnya, kebanyakkannya wartawan hiburan di Malaysia adalah Melayu Islam. Tidakkah mereka tahu membuka aib orang itu satu dosa? Atau mereka ini sudah terikut-ikut budaya barat? Mereka pernah mengatakan artis Malaysia terikut-ikut budaya barat. Nampaknya mereka pun sama 2x5.
Sudah-sudahlah. Jadilah manusia beradab daripada terkejar kesana-sini hanya untuk membuka aib orang lain. Cuba banyangkan kalau aib kita pula disebarkan kepada umum? Bayangkan? Jangan jadi hipokrit wahai wartawan hiburan di Malaysia. BERTAUBATLAH.

Aib dan mengAibkan.

0 comments

Hollywood%20sign%20900 Dunia hiburan di Malaysia telah mensensasikan aib orang (Artis) untuk terus hidup dan bersaing menjadi nombor satu. Tidak ada satu saluran hiburan pun yang tidak cuba mengAibkan orang untuk terus popular dan menjadi nombor satu. Kisah-kisah putus cinta disoroti sampai kedalam seluar dalam. Semuanya atas kata-kata “Artis itu hak masyarakat", oleh itu Artis perlu di telanjang sebulat-bulatnya oleh Media di Malaysia untuk di AIB kan mereka di mata masyarakat. Tidakkah mereka pengamal media ini yang rata-ratanya orang ISLAM adalah berdosa membuka AIB orang. Bagaimana pula kalau kisah rumahtangga mereka yang berantakan pula yang didedahkan kepada umum. Tidakkah mereka terfikir? Tidak!!!

Kadang-kadang aku fikir suami-isteri (ARTIS) yang dalam proses nak berbaik-baik akan terus tak baik disebabkan mainan orang-orang Media ini. Yang baru dalam proses bermasam muka pula terus bercerai-berai..Orang Media jangan marah dan nak melenting pulak. Ini semua benar. Jangan menafikan. Orang Media ada otak… Fikirlah. Jangan melatah. Kerana nak jaga muka sendiri mereka tetu akan kata aku ni taktau apa-apa. Mereka kata mereka yang buat seseorang Artis itu POPULAR! Kerja mereka semua… Di mana pulak letaknya kuasa ALLAH??? OK. kalaulah mereka yang memPOPULARkan seseorang artis maka mereka berhak untuk mengAIBkan seseorang artis. Gila apa namanya ni???

Nampaknya media dah jadi tuhan dunia sekarang..

Kalimah Allah.

0 comments


Isu penggunaan kalimah Allah. Aku tidak menyebelahi mana-mana pihak politik dalam isu ini. Ini adalah pandangan aku. Kepada pihak berkuasa agama Islam dan orang Islam aku mintak maaf terlebih dahulu sekiranya pandangan aku ni mengguris perasaan. Begitu juga kepada pihak Kristian.
Bagiku Allah adalah Tuhan semua makhluk di alam ini. Tuhan bagi yang kafir , munafiq dan mukmin. Orang kafir iaitu orang bukan Islam tuhan mereka ialah Allah tetapi mereka tidak mahu beriman kepadaNya. Mereka berkata bahawa Allah itu bukan Tuhan mereka tetapi yang sebenar-benarnya Tuhan mereka tak lain dan tak bukan ialah Allah. Allah tetap Tuhan mereka cuma mereka takmau beriman.
Di dalam kes penggunaan kalimah Allah. Aku tidak merasa ada masalahnya.... Biarlah pihak gereja hendak menggunakkanya. Tetapi kita kenalah pastikan yang pihak gereja tak menyalah gunakannya untuk menyebarkan dakwah kristian mereka ke atas orang Islam. Dan orang-orang Islam yang bijak-bijak yang bertaraf ulama dan ulamak kononnya haruslah menyampai dakwah Islamiah dengan betul. Harus membuatkan orang muda mendekati agama Islam. Jangan nama saja Islam tetapi pengetahuan agama sikit bebenor.
Orang Islam di Malaysia harus kembali kepada pegangan Islam yang sebenar yang di bawa oleh Rasulullah SAW. Jangan kita buat Islam ni macam pakaian kita... Pakai jubah = Islam = Ulamak.... Ada janggut = Islam... Serban = Islam... Nabi dan orang-orang Arab Islam dulu pakai serban supaya boleh guna serban tu sebagai pelindung daripada debu pasir masuk ke mata. Guna serban tu sebagai sejadah.. Orang kita serban adalah darjat. Kalau berserban menunjukkan lebih Islamnya orang itu dari yang lain... Betui tak? Aku tak pernah jumpa orang kita yang berserban hampar serbannya untuk di jadikan sejadah.. TAK PERNAH.
Nabi kita Nabi Muhammad SAW takdak pun pangkal nama dia Haji. Ustaz aku tak pernah sebut pun Nabi Haji Muhammad.... Tapi orang kita bila pi Haji balik mai Malaysia tak sabaq-sabaq dah nak pakai gelaran Haji. Gila apa ni? Islam apa ni? Abu Bakar As-Siddiq pun tak buh gelaran Haji. Islam ajaran jenis apa kita di Malaysia ni?
Kita ni sebenarnya hanya taksub kepada luaran Islam sahaja. Kita tak pernah mengkaji isi Al-Quran. Al-Hadis dan sebagainya... Kita ni semua Islam ikut-ikutan. Iman taklik ja... Haram tak tau apa. Yalah.. beranak ja Islam. Kalau soal sikit pasai Islam, Tok Guru dah jegil mata. "Hang nak jadi apa? Hang Mengucap!!! Hang nak murtad ni!!!"
Aku tak puas lagi bicara bab agama ni... nanti boleh sambung lagi...

13 Mei 1969.

0 comments

1 MALAYSIA AKAN TANGGUNG AKIBATNYA.... Aku terkadang keliru dengan orang-orang politik. Mereka berpolitik untuk orang ( RAKYAT ) atau untuk diri sendiri? Ada yang mengatakan mereka parti bertuankan rakyat. "Ketuanan Rakyat" ??? Tetapi aku tengok dan dengar mereka bertuankan nafsu kebanyakkannya. Aku akui aku bukan ahli mana-mana parti politik di Malaysia, tapi sebagai rakyat aku berhak luahkan pendapat aku kan...? Tapi aku cukup sensitif dengan pelbagai kerenah orang politik sekarang.

Dan sekarang ini ada di antara mereka, orang politik ni cuba untuk buatkan rakyat bergaduh sesama sendiri. Jika rakyat bergaduh mereka akan dapat untungnya... Ya lah.. untuk hadapi pilihanraya akan datang... Cuba kita rakyat fikir... Orang politik semuanya kaya-kaya. Kalau Malaysia dah terlalu huru-hara hingga tak dapat di kawal, mereka-mereka ini dengan mudah menghindarkan diri ke luar negara.. Punyalah bodoh kita rakyat ni... Aku ada baca dalam akhbar orang Umno kata ada orang yang menjadi dalang dalam kes bakar gereja dengan kepala babi. Orang ni nak meraih keuntungan politik. Aku ada baca dalam blog-blog, orang-orang dalam Pakatan Rakyat pun kata macam tu juga. Habis siapa yang betul? Cakap mana satu kita nak pakai?
Aku harap sudah-sudahlah orang politik. Taubatlah... Dunia ni hanya sementara. Jangan sampai Malaysia ni huru-hara.
Pendapat aku... orang-orang politik di Malaysia lebih banyak mempergunakan rakyat untuk kepentingan diri mereka sendiri berbanding menghabiskan kekayaan mereka untuk rakyat. Orang-orang Cina tak ada masalah dengan orang Melayu, orang India pun takdak masalah... Semua hidup aman damai selama ini... Tapi orang-orang politik ni tak suka. Mereka suka rakyat bergaduh. Mereka suka rakyat bermasam muka. Seboleh-bolehnya mereka takmau rakyat hidup aman damai. Mereka mahu bermain dengan perasaan perkauman dan bermacam-macam lagi. Orang cina OK mereka kata tak OK. Siapa mereka? Adakah kata-kata mereka mencermin pandangan rakyat? Pernahkah mereka pi tanya tiap-tiap rakyat tentang pendapat mereka? Tapi bila mereka berucap mereka kata rakyat mahu itu, rakyat mahu ini... Bila masa mereka pi tanya rakyat???
Orang melayu OK mereka kata tak OK. Mulalah kata orang Melayu nak itu nak ini. Tapi orang Melayu tak ditanya pun. Aku sendiri tak pernah di minta pendapat oleh mana-mana ahli politik. Tapi ahli-ahli politik ni berkata, "Rakyat mahukan.... bla...bla" Bila masa depa semua tu mai tanya kita??? Bila masa???
Aku tengok keadaan sekarang ni mula panas dimainkan oleh orang-orang politik. Mereka mahu peristiwa 13 Mei 1969 berulang. Aku tak tahu orang mana? Nama apa? Tapi ni semua kerja meraka... Politik di Malaysia memang Gila!!!