Baling Batu Sembunyi Tangan.

Aku suka dengan perangai-perangai orang Politik yang pelik-pelik terutamanya pembangkang dan kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang. Sewaktu Mendiang Teoh mati boleh kata DAP mengatakan SPRM bertanggungjawab atas pembunuhan Teoh. ( Aku tak kata Teoh di bunuh tapi Lim Guan Eng.) Lebih kurang dia kata ini kerja orang BN lah. Takpalah...Dan dia dah pun buat satu dana khas untuk bayi Teoh yang bakal lahir. Alangkah mulianya Guan Eng!!! Kalaulah dia buat macam tu untuk semua perempuan yang teraniaya di Malaysia hingga melahirkan anak luar nikah, lagilah mulia. Aku percaya Guan Eng buat dana untuk bakal anak Teoh adalah sebagai satu taktik politik beliau. Dia ada agenda tertentu.
Namun apabila pelbagai masalah di Pulau Pinang disuarakan sekutu-sekutunya dia dengan segera mengatakan mereka ini ejen BN atau ejen UMNO. Wah... wah... cukup senang. Buat salah dan menuduh orang lain pulak. Namun itulah Guan Eng. Dia langsung tiada karisma untuk memimpin sebuah kerajaan. Guan Eng tidak berkebolehan untuk memimpin. Tapi dia memang hebat dalam memutar belitkan perasaan rakyat. Hebat dalam mencetuskan emosi rakyat. Hebat dalam menghasut. Samalah seperti sekutunya Anwar Ibrahim. Mereka memang hebat. MEMIMPIN kerajaan? HANCUR. Tak tau langsung. Dia tak tau membezakan atau memberi perbezaan diantara mentadbir kerajaan dengan politik. Sebab itulah segala masalah yang timbul akan dipolitikkan. Ini namanya GILA POLITIK.
Aku ada membaca blog Tuan Ibrahim Tuan Man. (orang kuat PAS ni). Beliau berkata antaranya berbunyi lebih kurang begini... Dia hairan UMNO tidak mengambil kesempatan dalam permasalahan disiplin pemimpin PAS tetapi orang di dalam PAS sendiri yang mengambil kesempatan. Ini adalah luahan beliau sendiri. Aku suka bila keadaan ini berlaku kerana kita sepatutnya bersaing secara adil di dalam politik. Bukan dengan membuat tuduhan melulu untuk melindungi kesilapan dan kesalahan kita. Ibarat kata pepatah baling batu sembunyi tangan. Untuk Guan Eng pula janganlah bermain muzik di hadapan lembu, sekadar memetik pepatah mandarin. Harap Guan Eng paham maksud tersiratnya...
Haruslah kita ketahui taktik baling batu sembunyi tangan di dalam politik sebenarnya telah dipelopori oleh Anwar Ibrahim. Nampaknya Guan Eng cepat belajar. Inilah yang kita mahu. Nampaknya Guan Eng dah mendedahkan betapa bodohnya dia dalam mentadbir kerajaan. Kalau ada pemberian markah berapa kita nak bagi? F?
Aku harap Anwar Ibrahim dapat mengajar atau memberi teladan lagi kepada sekutu-sekutunya tentang taktik bodoh mereka yang akhirnya akan menampakkan betapa BODOHNYA mereka. Aku heran kenapa orang-orang pandai ini merasakan rakyat terlalu BODOH untuk diperBODOHkan? Hingga segala kata-kata mereka menjadi terlalu BODOH.
Guan Eng kena belajar lagi macam mana nak jadi MB yang baik, yang disenangi rakyat keseluruhannya. Kalau tak pandai mintalah nasihat KARPAL SINGH ka, Bapaknya ka, jangan nak tunjuk BODOH sangat. Nanti rakyat yang BODOH akan sedar tentang keBODOHan anda!!!

0 comments :: Baling Batu Sembunyi Tangan.

Post a Comment