Beras Nasional = Temukut?


Benarkah? Cerita ini bermula begini, suatu hari adalah sorang makcik ni pergi kekedai beli beras. Dia mintak Beras Nasional. Memanglah, dia pun nampak macam orang susah ja... Aku kebetulan ada di kedai waktu nak beli keropok untuk anak aku. Tiba-tiba ja, makcik tu kata... " Tauke lu tengok la beras Nasional. Kata untuk orang susah. Kerajaan bagi subsidi. Tapi layakkah orang susah makan temukut. Lu tengok la temukut lagi banyak dari beras."
"Aiya makcik, saya jual saja. Mereka hantar macam ni, macam nilah saya jual."
Tak lama lepas tu makcik tu pun bawa beras yang dia beli sambil mulutnya tak henti-henti mengomel. Gila ka apa makcik ni.
Tapi......TEMUKUT tu apa? Aku pun tanya tauke kedai tu. Nak tau apa tauke kedai tu jawab? Temukut tu bagi makan ayam!!!! BAGI MAKAN AYAM!!!!
Aku rasa orang susah tak patut di aniaya macam ni. Berikut adalah beberapa fakta benar mengenai BERAS NASIONAL.
1) Kualiti teruk. Tulis kandungan hancur 15% tapi dari pengamatan aku 50% hancur.
2) Mengandungi Temukut (Makanan Ayam)
3) Harga berbeza dari satu kedai ke kedai yang yang lain. Ada RM16.50 ( Harga Sebenar) , ada RM 17.00,RM 17.50 dan RM 18.00.
Harapan aku agar kerajaan buka mata. Penipuan ini harus di selesaikan segera.
Dari pemerhatian aku juga dapati bukan semua pengilang yang buat kerja macam ni. Ada pengilang yang betul-betul pastikan kandungan hancur 15%.

0 comments :: Beras Nasional = Temukut?

Post a Comment