Baling Batu Sembunyi Tangan.

0 comments
Aku suka dengan perangai-perangai orang Politik yang pelik-pelik terutamanya pembangkang dan kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang. Sewaktu Mendiang Teoh mati boleh kata DAP mengatakan SPRM bertanggungjawab atas pembunuhan Teoh. ( Aku tak kata Teoh di bunuh tapi Lim Guan Eng.) Lebih kurang dia kata ini kerja orang BN lah. Takpalah...Dan dia dah pun buat satu dana khas untuk bayi Teoh yang bakal lahir. Alangkah mulianya Guan Eng!!! Kalaulah dia buat macam tu untuk semua perempuan yang teraniaya di Malaysia hingga melahirkan anak luar nikah, lagilah mulia. Aku percaya Guan Eng buat dana untuk bakal anak Teoh adalah sebagai satu taktik politik beliau. Dia ada agenda tertentu.
Namun apabila pelbagai masalah di Pulau Pinang disuarakan sekutu-sekutunya dia dengan segera mengatakan mereka ini ejen BN atau ejen UMNO. Wah... wah... cukup senang. Buat salah dan menuduh orang lain pulak. Namun itulah Guan Eng. Dia langsung tiada karisma untuk memimpin sebuah kerajaan. Guan Eng tidak berkebolehan untuk memimpin. Tapi dia memang hebat dalam memutar belitkan perasaan rakyat. Hebat dalam mencetuskan emosi rakyat. Hebat dalam menghasut. Samalah seperti sekutunya Anwar Ibrahim. Mereka memang hebat. MEMIMPIN kerajaan? HANCUR. Tak tau langsung. Dia tak tau membezakan atau memberi perbezaan diantara mentadbir kerajaan dengan politik. Sebab itulah segala masalah yang timbul akan dipolitikkan. Ini namanya GILA POLITIK.
Aku ada membaca blog Tuan Ibrahim Tuan Man. (orang kuat PAS ni). Beliau berkata antaranya berbunyi lebih kurang begini... Dia hairan UMNO tidak mengambil kesempatan dalam permasalahan disiplin pemimpin PAS tetapi orang di dalam PAS sendiri yang mengambil kesempatan. Ini adalah luahan beliau sendiri. Aku suka bila keadaan ini berlaku kerana kita sepatutnya bersaing secara adil di dalam politik. Bukan dengan membuat tuduhan melulu untuk melindungi kesilapan dan kesalahan kita. Ibarat kata pepatah baling batu sembunyi tangan. Untuk Guan Eng pula janganlah bermain muzik di hadapan lembu, sekadar memetik pepatah mandarin. Harap Guan Eng paham maksud tersiratnya...
Haruslah kita ketahui taktik baling batu sembunyi tangan di dalam politik sebenarnya telah dipelopori oleh Anwar Ibrahim. Nampaknya Guan Eng cepat belajar. Inilah yang kita mahu. Nampaknya Guan Eng dah mendedahkan betapa bodohnya dia dalam mentadbir kerajaan. Kalau ada pemberian markah berapa kita nak bagi? F?
Aku harap Anwar Ibrahim dapat mengajar atau memberi teladan lagi kepada sekutu-sekutunya tentang taktik bodoh mereka yang akhirnya akan menampakkan betapa BODOHNYA mereka. Aku heran kenapa orang-orang pandai ini merasakan rakyat terlalu BODOH untuk diperBODOHkan? Hingga segala kata-kata mereka menjadi terlalu BODOH.
Guan Eng kena belajar lagi macam mana nak jadi MB yang baik, yang disenangi rakyat keseluruhannya. Kalau tak pandai mintalah nasihat KARPAL SINGH ka, Bapaknya ka, jangan nak tunjuk BODOH sangat. Nanti rakyat yang BODOH akan sedar tentang keBODOHan anda!!!

Wahai orang Islam...

0 comments
Sebagai orang Islam rasanya aku terpanggil lagi untuk membicarakan soal penggunaan Kalimah Allah oleh satu gereja dalam penerbitannya. Aku ingin bertanya kenapa pihak kristian tidak menggunakan kalimah Allah ini sejak dulu lagi? Mengapa tiba-tiba sekarang? Aku juga sering tengok filem-filem barat yang para pelakonnya sering sebut "Jesus Christ" bila sesuatu berlaku.
Mengapa tak sebut saja "Allahuakbar" macam orang Melayu Islam di Malaysia? Aku rasa kamu semua tau siapa Jesus Christ? Fikir-fikirlah, adakah ini salah satu daripada perancangan yang halus untuk menawan Islam? Tapi aku ragu-ragu... sedangkan selama ini mereka berjaya menyesatkan ramai Melayu Islam dengan mengunakan medium hiburan dan propaganda. Mengapa perlu untuk mereka bersusah-payah ke mahkamah untuk menggunakan kalimah Allah? Mengapa?
Adakah mereka mengambil kesempatan di atas situasi politik di Malaysia sekarang? Benarkah? Aku sekarang menjadi keliru dengan situasi politik di antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Aku pelik sampai ada yang sanggup kata Lim Guan Eng komunis!!! Bukan aku kata tapi geng Pakatan Rakyat jugalah. Betulkah? Aku tak taulah... sebab aku tak kenal Lim Guan Eng. Tapi semua ni berlaku sejak Pas kata takpa orang bukan Islam guna ayat Al-Quran untuk berdakwah kat orang Islam... TAK PELIKKAH BUNYINYA??? KAFIR GUNA AYAT AL-QURAN UNTUK MENDAKWAHKAN ORANG ISLAM. Wah! Wah! Pertama kali berlaku dalam dunia. Tapi takpalah sebab Parti yang mendokong agama Islam benarkan biarlah mereka tanggung dan jawab di akhirat kelak.
Lagi satu Menteri Besar Kelantan kata dia akan pelan-pelan sampaikan dakwah Islamiah kepada sekutu pakatan mereka.. yakni DAP lah maksudnya. Katanya Nabi pun ambil masa 23 tahun. Kena sabarlah, ini baru sekejap saja. Aku nak tanya Nik Aziz kenapa baru sekarang dia nak Dakwah kepada DAP? Kalau dia betul-betul ulamak yang memperjuangkan Islam aku rasa 20 tahun duhulu lagi dia akan Dakwah DAP. Bukan sekarang.. Nampaknya Nik Aziz memang benar-benar ulamak Politik sebenar..... fikir-fikirlah.....
Inilah akibatnya bila menggunakan Islam untuk kepentingan diri sendiri. Islam ini untuk semua..... Kalu Nik Aziz tak penting diri dia aku ingat Lim Kit Siang, Karpal Singh, Lim Guan Eng dan ahli DAP sekarang semua dah masuk Islam... Aku doakan Nik Aziz berjaya mengIslamkan Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan ahli DAP seluruhnya. Kalau tak masuk Islam pun aku harap mereka boleh menerima HUKUM HUDUD DAN MALAYSIA SEBAGAI NEGARA ISLAM. Semoga Allah kuatkan Nik Aziz dalam dakwahnya. Marilah kita sama-sama berdoa.
Marilah kita sama-sama rapatkan barisan muslimin dan muslimat... Kita harus berdakwah agar semua Kafir di Malaysia masuk Islam. Kalau tak masuk pun setuju dengan undang-undang Islam.
Tapi bolehkah PAS? Nak laksana hukum HUDUD pun tak berjaya lagi... Nak tubuh NEGARA ISLAM pun tak berjaya..... Jangan kita kutuk orang yang tolak Hudud sedangkan kita sendiri pun tak mampu laksanakan hukum HUDUD...... Ok lah.....Hidup ISLAM.
Kepada sesiapa yang tak paham apa yang aku tulis... perhatikan rentetan peristiwa di bawah...
.
.
1) Pemimpin DAP (Kafir) guna Ayat Al-Quran untuk berceramah.. PAS kata boleh takdak masalah. Gila ka apa? KAFIR GUNA AYAT AL-QURAN MENDAKWAHKAN ORANG ISLAM.
.
.
2) Pihak Gereja (KRISTIAN) mendapat Hak untuk guna kalimah ALLAH dalam penerbitan mereka... Gila ka apa? KAFIR NAK GUNA KALIMAH ALLAH UNTUK MENDAKWAHKAN ORANG KAFIR..
.
.
FIKIR-FIKIRLAH......

Artis Peluk Cium Lagi!!!

0 comments


Aku setuju sangat dengan Sitijarum (Pancaindera) pasai bab-bab peluk cium antara artis lelaki dengan perempuan. Baik yang dah veteran atau yang junior. Kalau yang dicium itu dah pangkat datuk sekalipun dalam Islam tetap tak boleh. Apatah lagi dikhalayak ramai. Kalau sembunyi-sembunyi tu takpalah. Sembunyi betul-betul jangan sampai orang nampak!!! Tapi Allah nampak.... Kalau dah nak peluk cium cara sembunyi kita sebagai ahli masyarakat dah tak boleh buat apalah... Itu hak mereka. Nanti Allah yang beri hukumannya... Tapi kalau dah di khalayak umum, kita ada hak tegur. Kalau tak tegur pun, niat dalam takmau jadi macam mereka tu pun dah memadai. Lepas dah tanggungjawab kita sebagai sesama umat.
Cuma aku heran kenapa Sitijarum tak belasah artis-artis wanita yang pakai seksi. Dahlah tak tutup aurat!!! Berpakaian menjolok mata. Atau kayu ukur menjolok mata bagi kita orang Islam ikut barat kot... Sebab tu Sitijarum tak kata apa. Kalau itulah kayu ukuran kita bermakna dunia akan lingkup. Ya, dunia Islam akan lingkup. Tapi aku heran bila si Faizal Tahir buka baju terus kena gam... sedangkan aurat lelaki dalam Islam pusat sampai ke lutut.
Aku dah mula pening tentang hukum aurat dalam Islam. Lelaki kena berpakaian sopan tak boleh buka baju. Perempuan pulak tak perlu tutup aurat siap boleh pakai ketat-ketat, terdedah sana-sini dan tak kena GAM. Sitijarum tolong jawab.

Beras Nasional = Temukut?

0 comments

Benarkah? Cerita ini bermula begini, suatu hari adalah sorang makcik ni pergi kekedai beli beras. Dia mintak Beras Nasional. Memanglah, dia pun nampak macam orang susah ja... Aku kebetulan ada di kedai waktu nak beli keropok untuk anak aku. Tiba-tiba ja, makcik tu kata... " Tauke lu tengok la beras Nasional. Kata untuk orang susah. Kerajaan bagi subsidi. Tapi layakkah orang susah makan temukut. Lu tengok la temukut lagi banyak dari beras."
"Aiya makcik, saya jual saja. Mereka hantar macam ni, macam nilah saya jual."
Tak lama lepas tu makcik tu pun bawa beras yang dia beli sambil mulutnya tak henti-henti mengomel. Gila ka apa makcik ni.
Tapi......TEMUKUT tu apa? Aku pun tanya tauke kedai tu. Nak tau apa tauke kedai tu jawab? Temukut tu bagi makan ayam!!!! BAGI MAKAN AYAM!!!!
Aku rasa orang susah tak patut di aniaya macam ni. Berikut adalah beberapa fakta benar mengenai BERAS NASIONAL.
1) Kualiti teruk. Tulis kandungan hancur 15% tapi dari pengamatan aku 50% hancur.
2) Mengandungi Temukut (Makanan Ayam)
3) Harga berbeza dari satu kedai ke kedai yang yang lain. Ada RM16.50 ( Harga Sebenar) , ada RM 17.00,RM 17.50 dan RM 18.00.
Harapan aku agar kerajaan buka mata. Penipuan ini harus di selesaikan segera.
Dari pemerhatian aku juga dapati bukan semua pengilang yang buat kerja macam ni. Ada pengilang yang betul-betul pastikan kandungan hancur 15%.

Diburu dan Memburu.

0 comments
Telahlah kita ketahui kerja seorang pemburu adalah memburu. Manakala binatang pun tahu kerjanya untuk diburu. Mereka ini saling berhubung-kait didalam proses memburu dan diburu. Maka hasilnya dari proses diatas berakhir didalam perut manusia ataupun dipakai oleh oleh manusia.
Tapi bagaimana pula kalau pemburu itu memburu spesis yang sejenis dengannya? Yakni, manusia juga? Hasilnya tentu berbagai-bagai. Mati. Dimalukan. Diaibkan dan bermacam-macam lagi.
Mengapa wartawan hiburan suka sangat memburu berita-berita aib artis? Jika artis berkenaan cuba menyembunyikannya seperti berkata "no-comment", "ini hal peribadi" maka pada hari-hari lain mereka ini (wartawan hiburan) akan terus memburu dan bertanya. Tak boleh juga mereka akan bertanya pendapat artis lain pula, Minta pandangan kononnya. Mereka akan memanipulasikan segala kata-kata artis tersebut. Hingga artis yang diburu itu pun melatah. Itu yang mereka mahu.
Dan sayangnya, kebanyakkannya wartawan hiburan di Malaysia adalah Melayu Islam. Tidakkah mereka tahu membuka aib orang itu satu dosa? Atau mereka ini sudah terikut-ikut budaya barat? Mereka pernah mengatakan artis Malaysia terikut-ikut budaya barat. Nampaknya mereka pun sama 2x5.
Sudah-sudahlah. Jadilah manusia beradab daripada terkejar kesana-sini hanya untuk membuka aib orang lain. Cuba banyangkan kalau aib kita pula disebarkan kepada umum? Bayangkan? Jangan jadi hipokrit wahai wartawan hiburan di Malaysia. BERTAUBATLAH.

Aib dan mengAibkan.

0 comments

Hollywood%20sign%20900 Dunia hiburan di Malaysia telah mensensasikan aib orang (Artis) untuk terus hidup dan bersaing menjadi nombor satu. Tidak ada satu saluran hiburan pun yang tidak cuba mengAibkan orang untuk terus popular dan menjadi nombor satu. Kisah-kisah putus cinta disoroti sampai kedalam seluar dalam. Semuanya atas kata-kata “Artis itu hak masyarakat", oleh itu Artis perlu di telanjang sebulat-bulatnya oleh Media di Malaysia untuk di AIB kan mereka di mata masyarakat. Tidakkah mereka pengamal media ini yang rata-ratanya orang ISLAM adalah berdosa membuka AIB orang. Bagaimana pula kalau kisah rumahtangga mereka yang berantakan pula yang didedahkan kepada umum. Tidakkah mereka terfikir? Tidak!!!

Kadang-kadang aku fikir suami-isteri (ARTIS) yang dalam proses nak berbaik-baik akan terus tak baik disebabkan mainan orang-orang Media ini. Yang baru dalam proses bermasam muka pula terus bercerai-berai..Orang Media jangan marah dan nak melenting pulak. Ini semua benar. Jangan menafikan. Orang Media ada otak… Fikirlah. Jangan melatah. Kerana nak jaga muka sendiri mereka tetu akan kata aku ni taktau apa-apa. Mereka kata mereka yang buat seseorang Artis itu POPULAR! Kerja mereka semua… Di mana pulak letaknya kuasa ALLAH??? OK. kalaulah mereka yang memPOPULARkan seseorang artis maka mereka berhak untuk mengAIBkan seseorang artis. Gila apa namanya ni???

Nampaknya media dah jadi tuhan dunia sekarang..

Kalimah Allah.

0 comments


Isu penggunaan kalimah Allah. Aku tidak menyebelahi mana-mana pihak politik dalam isu ini. Ini adalah pandangan aku. Kepada pihak berkuasa agama Islam dan orang Islam aku mintak maaf terlebih dahulu sekiranya pandangan aku ni mengguris perasaan. Begitu juga kepada pihak Kristian.
Bagiku Allah adalah Tuhan semua makhluk di alam ini. Tuhan bagi yang kafir , munafiq dan mukmin. Orang kafir iaitu orang bukan Islam tuhan mereka ialah Allah tetapi mereka tidak mahu beriman kepadaNya. Mereka berkata bahawa Allah itu bukan Tuhan mereka tetapi yang sebenar-benarnya Tuhan mereka tak lain dan tak bukan ialah Allah. Allah tetap Tuhan mereka cuma mereka takmau beriman.
Di dalam kes penggunaan kalimah Allah. Aku tidak merasa ada masalahnya.... Biarlah pihak gereja hendak menggunakkanya. Tetapi kita kenalah pastikan yang pihak gereja tak menyalah gunakannya untuk menyebarkan dakwah kristian mereka ke atas orang Islam. Dan orang-orang Islam yang bijak-bijak yang bertaraf ulama dan ulamak kononnya haruslah menyampai dakwah Islamiah dengan betul. Harus membuatkan orang muda mendekati agama Islam. Jangan nama saja Islam tetapi pengetahuan agama sikit bebenor.
Orang Islam di Malaysia harus kembali kepada pegangan Islam yang sebenar yang di bawa oleh Rasulullah SAW. Jangan kita buat Islam ni macam pakaian kita... Pakai jubah = Islam = Ulamak.... Ada janggut = Islam... Serban = Islam... Nabi dan orang-orang Arab Islam dulu pakai serban supaya boleh guna serban tu sebagai pelindung daripada debu pasir masuk ke mata. Guna serban tu sebagai sejadah.. Orang kita serban adalah darjat. Kalau berserban menunjukkan lebih Islamnya orang itu dari yang lain... Betui tak? Aku tak pernah jumpa orang kita yang berserban hampar serbannya untuk di jadikan sejadah.. TAK PERNAH.
Nabi kita Nabi Muhammad SAW takdak pun pangkal nama dia Haji. Ustaz aku tak pernah sebut pun Nabi Haji Muhammad.... Tapi orang kita bila pi Haji balik mai Malaysia tak sabaq-sabaq dah nak pakai gelaran Haji. Gila apa ni? Islam apa ni? Abu Bakar As-Siddiq pun tak buh gelaran Haji. Islam ajaran jenis apa kita di Malaysia ni?
Kita ni sebenarnya hanya taksub kepada luaran Islam sahaja. Kita tak pernah mengkaji isi Al-Quran. Al-Hadis dan sebagainya... Kita ni semua Islam ikut-ikutan. Iman taklik ja... Haram tak tau apa. Yalah.. beranak ja Islam. Kalau soal sikit pasai Islam, Tok Guru dah jegil mata. "Hang nak jadi apa? Hang Mengucap!!! Hang nak murtad ni!!!"
Aku tak puas lagi bicara bab agama ni... nanti boleh sambung lagi...